Wednesday, March 7, 2007

Pelajar Pukul Guru




Pelajar pukul guru adalah masalah yang kini sering menjadi topik hangat masyarakat. Ada beberapa kes yang direkodkan dan banyak lagi kes-kes yang tidak direkodkan kini.
Mengapakah masalah ini berlaku ?
Ada banyak sebab yang mendorong masalah disiplin pelajar menular walaupun ada garis panduan yang sedia ada mengikut pekeliling.Berdasarkan surat pekeliling iktisas 3/1983 yang disiarkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia.
JENIS-JENIS KESALAHAN
1. KESALAHAN BERAT.
· Kurang sopan, biadap kepada guru atau pelajar. · Mencuri, menipu, berjudi, minum minuman keras. · Mengugut atau memeras atau menggunakan kekerasan. · Terlibat dalam najis dadah atau merokok. · Mengonggotai kumpulan haram. · Memukul guru atau pelajar. · Melakukan perbuatan yang tidak bermoral. · Ponteng kelas, sekolah dan perhimpunan. · Membawa atau menyebarkan gambar atau video lucah.
2. KESALAHAN SEDERHANA BERAT.
Bising. · Bergaduh atau bertumbuk. · Keluar kelas tanpa kenabaran. · Mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. · Pakian tidak kemas. · Bersubahat dengan sebarang kesalahan. · Bercakap bohong atau menipu. · Membawa atau bermain permainan yang merbahaya. · Tidak menghormati guru atau pelajar. · Mengotori kelas atau kawasan sekolah. · Tidak menapati masa. · Tidak membawa peralatan pembelajaran. · Tidak menyiapkan kerja atau latihan.
3. KESALAHAN RINGAN ·
Datang lewat ke sekolah atau asrama. · Tidak membayar yuran sekolah atau asrama. · Mengusik atau menganggu pelajar. · Merayau-rayau. · Makan atau minum dalam kelas. · Melompat pagar sekolah. · Menganggu ketenteraman. · Tidak menunjukan semangat kekitaan atau sayangkan sekolah.
4. PERINGATAN. ·
Semua hukuman berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga. Kesalahan ini akan direkodkan. · Sebarang kesalahan yang dilakukan berulang akan dianggap kesalahan berat. · Pengetua atau lembaga Disiplin Sekolah mempunyai kuasa untuk mengubahsuaikan mana-mana bahagian dalam peraturan ini.

Pekelling ini juga tidak mampu menangani masalah walaupun ia dijadikan sebagai panduan.

Faktor-faktor yang terlibat adalah berdasarkan kepada :

Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
Akibat perceraian ibu bapa.
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
Sekadar mahu berseronok.
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Bila pelajar memukul guru kesannya:
- Kecederaan fizikal
- Deraan mental
- Imej profesion tercemar
- Memberi imej buruk
- Tanggapan negatif kepada pelajar-pelajar lain
- Penghinaan kepada guru
- Lambang status sosial masyakat kini